I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 9 April 2011




Nama                  :   Mohd Hafizuddin Bin Ghozali
  
            No Matrik          :   A 129346
  
            Program              :   Sukan Dan Rekreasi
  
            Thn Pengajian     :  Semester 2 tahun 2 (2010/2011)
  
              Email                 :   mickey_din89@yahoo.com
  
            Alamat kolej       :   K5A 309 Kolej Aminuddin Baki,
                                            Universiti Kebangsaan Malaysia
                                            43600 Bangi, Selangor.
  
            Alamat rumah     :   Kg. Jerang Belanga, Kota Sarang Semut
                                              06800 Alor Setar, Kedah..
  
             Facebook           :    saya din saya

VIDEO KUMPULAN (SOFTBALL)


cara bagaimana permainan softball dimainkan....selamat menonton...!!!

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

PIN BOWLING








Tuesday 15 March 2011

WATER SPORTS

ROWING
rowing adalah satu sukan air dimana sukan ini seperti sukan-sukan air yang lain yang memerlukan stamina yag tinggi. sukan ini seperti scull dimana sukan ini memerlukan kekuatan otot tangan dan otot kaki yang kuat untuk memberikan dayungan yang kuat dalam setiap dayungan. sukan ini juga memerlukan keseimbangan yang tinggi dimana bot ini mudah untuk terbalik. keserasian adalah penting untuk sukan ini. rowing mempunyai beberapa ketegori dimana dalam video ini kita dapat lihat terdapat bot yang dikendalikan oleh 4 orang dan ada bot yang dikendalikan oleh 8 orang. semakin ramai pendayung semakin sukar untuk mengendalikan bot tersebut dari segi dayungan mahupun keseimbangan.


video ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan sukan rowing ini. yang mana kita tahu sukan ini kurang dikenali dan kurang diberikan perhatian. oleh itu pihak-pihak tertentu cuba untuk mempromosikan sukan air ini. video ini menggunakan Team Telekom Rudern untuk memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat seluruh dunia tentang rowing. video ini juga menunjukkan cara untuk mengangkat bot dengan betul, cara untuk masuk kedalam bot dengan betul dan cara untuk mendayung dengan betul.


video ini menunjukkan perkara asas dalam rowing. ini adalah sangat penting untuk mendapatkan teknik yang betul bagi setiap dayungan. video ini sangat berguna kepada peminat rowing dan atlet rowing juga. denagn teknik yang betul, tenaga dapat di jimatkan dan akan membuatkan seseorang atlet itu dapat mengawal nafas dan tenaganya. rowing machine adalah alat untuk memperbetulkan dayungan da alat untuk melakukan latihan khas tanpa membuat dayungan di dalam air.

KAYAK

K1 atau kayak solo adalah salah satu sukan yang nampak seperti mudah untuk mengendalikannya. tetapi ia tidak semudah yang dilihat dimana sukan ini memerlukan keseimbangan yang tiggi untuk mengendalikan kayak ini. jika tidak dapat mengawal kayak ini dengan betul, kayak ini boleh terbalik atau karam. video ini menunjukkan cara untuk mengendalikan kayak dengan betul. dayungan yang betul akan memberikan keseimbangan kepada kayak yang digunakan dan sebaliknya akan berlaku jika tidak membuat dayungan yang betul. video ini menunjukkan cara untuk membuat dayungan yang betul dengan posisi badan yang betul.

video ini diambil ketika perlawanan kayak solo peringkat olimpik. video ini diambil dalam banyak posisi. ini dapat membantu kepada peminat kayak untuk belajar teknik-teknik yang betul untuk mengendalikan kayak dan membuat dayungan yang betul ketika berkayak. dalam video ini kita dapat lihat pergerakan atlet kayak itu secara dekat dengan gerak perlahan dan gerakan normal. ini amat membantu untuk peminat kayak untuk mempelajari kayak.

video ini pula adalah K2 500m atau kayak yang digunakan oleh 2 orang. video ini adalah salah satu perlawanan akhir dalam sukan olimpik. kayak selalunya dimainkan dalam jarak 500m. kekuatan otot sangat penting untuk memasuki sesuatu perlawanan. keserasian juga penting untuk memberikan kuasa bagi setiap dayungan dan dapat memberikan kuasa bagi setiap dayungan. strategi juga penting untuk menjuarai sesuatu perlawanan. kayak adalah sukar untuk dikendalikan, tidak semudah yang kita lihat. untuk mengendalikan kayak dengan betul dan menggerakkan kayak dengan lurus adalah sukar. ini memerlukan latihan yang banyak kepada atlet sukan ini.

SCULL

video diatas menunjukkan salah satu sukan air. sukan ini adalah "scull" dimana sukan ini mengunakan 1 boat atau bot kecil dan sepasang pendayung. video ini dalan "single scull" dimana hanya seorang pendayung untuk bot ini. video ini menceritakan orang yang berpengalaman dan orang yang tidak berpengalaman mengendalikan bot ini. sukan ini tidak semudah yang di lihat dimana sukan ini memerlukan keseimbangan dan kekuatan otot tangan yang kuat untuk membuat dayungan.


video ini pula adalah "double scull" iaitu bot ini dikendalikan oleh 2 orang pendayung. pendayung ini sedang melakukan latihan untuk mencari rentak dayungan. keserasian adalah penting untuk mengendalikan bot ini. dayungan yang tidak sama akan menyebabkan bot menjadi tidak seimbang dan boleh menyebabkan bot terbalik. dayunagn yang betul akan menambahkan lagi kuasa dalam setiap dayungan.

DRAGON BOAT

video diatas menunjukkan pendayung perahu naga atau dragon boat. sukan air ini sangat memerlukan stamina yang tinggi disamping memerlukan kekuatan otot yang sangat kuat. video ini menunjukkan pendayung dari thailand sedang melakukan latihan. sukan air ini sangat memerlukan kerjasama setiap ahli pasukan. dayungan yang tidak sama akan menyebabkan perahu menjadi perlahan dan akan menyebabakan ahli pasukan lain terpaksa mengeluarkan tenaga yang lebih.


video ini pula menunjukkan bagaimana dayungan yang betul didalam perahu naga. cara yang betul adalah penting dalam setiap sukan, termasuk juga perahu naga. ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya seuatu yang tidak diingini seperti kecederaan. video ini menunjukkan langkah-langkah yang betul untuk melakukan dayungan. dayungan yang betul dapat menambahkan kuasa untuk setiap dayungan. dayungan yang tidak betul  akan menyebabkan tenaga digunakan dengan berlebihan dan perahu bergerak dengan perlahan.