I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 14 March 2011

Pendakap X-tremus

Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan di bahagian siku, tangan, lutut dan buku lali dengan daya prestasi ke tahap maksimum.Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.


No comments:

Post a Comment