I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 14 March 2011

                      EN-V, konsep masa hadapan

Kenderaan menggunakan kuasa elektrik yang bergaya selain mengutamakan alam sekitar.Malah rekaan terkini seperti inovasi hibrid yang mampu menjimatkan bahan api dan menawarkan pemanduan lebih mesra terhadap alam sekitar semakin mendapat perhatian ramai.EN-V merupakan kereta konsep dua tempat duduk yang direka berdasarkan konsep kenderaan masa hadapan.Dengan saiznya yang sederhana, ia mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, masalah tempat letak kereta mahupun kualiti udara yang terjejas akibat pengeluaran karbon monoksida.Kuasa tenaga pintarnya diterima daripada bateri jenis Li-ion. Setiap kali dicaj, EN-V membolehkan pengguna bergerak sejauh 40 kilometer.Mod pemanduannya mudah digunakan kerana ia meningkatkan kepekaan berdasarkan keperluan yang mana amat sesuai untuk pemanduan dalam bandar.Lagi pula kelajuan maksimum EN-V hanya 40 kilometer sejam dengan kelajuan 40kilometer sejam dan dapat menampung 400kilogram penumpang dalam satu masa.

No comments:

Post a Comment